Friday, July 15, 2016

Karisma: Sembahyang Yang Ditolak

Karisma: Sembahyang Yang Ditolak: Buku ini merupakan satu usaha untuk memperbetulkan konsep ibadah sembahyang kerana fenomena menunjukkan bahawa ibadah ini telah disa...

Wednesday, July 22, 2015

Buku untuk mereka 
yang memelihara sembahyangnya
Semaklah: SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah


Memang ada golongan yang sembahyangnya ditolak. Misalnya ialah seperti yang disebut oleh sebuah hadis,
‘Tiga orang yang sembahyangnya tidak sampai melampaui telinganya, iaitu seorang budak yang melarikan diri sampai dia pulang kembali, seorang isteri yang semalaman suaminya murka kepadanya, dan seorang imam yang mengimami suatu kaum sedangkan kaum itu tidak menyukainya’. (HR Tarmizi dan Ahmad)
Frasa kata tidak sampai melepasi telinganya ini bermaksud tidak diangkat ke langit, atau dengan kata lain tidak diterima. Sebuah hadis lain menyebut, maksudnya,
‘Tidak ada sembahyang bagi tetangga masjid, selain dalam masjid’. (HR Adarqathani)
Yang maksudnya, orang yang berjiran dengan masjid tetapi mendirikan sembahyang di rumahnya, adalah sama dengan orang yang tidak menunaikan sembahyang.
Inilah tiga golongan yang sembahyangnya ditolak walaupun sah. Mengapa ditolak!
Selain daripada sebab-sebab di atas ini, antara lain yang disebut oleh buku berkenaan ialah kerana:
  • tidak menegakkan Islam (Islam dalam ertikata way of life),
  • tidak menegakkan hablum minallah, iaitu hubungan antara manusia dengan Tuhan-nya,
  • tidak membina akhlak dan keperibadian,
  • tidak mencegah dari perbuatan keji dan mungkar,
  • tidak membawa rahmat kepada manusia lain dan makhluk keseluruhannya. 
Sebab yang keempat itu sudah biasa kita dengar namun penjelasan yang diberikan oleh buku ini sangat berbeza sama sekali. Buku ini mengambil contoh-contoh kemungkaran daripada kejadian-kejadian dalam kehidupan seharian seperti lalulintas, parker, membuat gangguan bau, bunyi dan sebagainya. Menarik bukan!
Ringkasan buku ini boleh dilihat di blog ini

Sunday, May 3, 2015

Hukum bangkit ketika iqamat dilaungkan

Sabda Nabi saw,
'Apabila sembahyang telah diqamatkan, jangan berdiri sebelum engkau melihatku (sesudah keluar dari rumah)' (Terjemahan Hadis Shahih Muslim: 560)
Hadis ini menggambarkan bahawa kita tidak boleh terus berdiri dan masuk saf sebaik iqamat dilaungkan. Sebaliknya harus menunggu imam sampai ke tampatnya. Ini disebut juga dalam kitab Sabilal-muhtadin, 'Jangan ia berdiri melainkan kemudian daripada selesai iqamat'.
Hukum ini adalah untuk orang-orang yang tiada uzur dalam erti kata mereka ada, 'kuasa berdiri dengan segera sekira-kira didapatnya fadilat tekbiratul ihram serta imam'.
Yang maksudnya bagi orang-orang yang mampu berdiri dengan segera mesuk ke dalam saf dan sempat mengangkat takbiratul ihram bersama imam. Mereka ini diminta tunggu sehingga iqamat selesai baru bangkit berdiri dan menuju ke saf.
Bagi mereka yang uzur, lambat untuk bangkit sehingga tidak sempat bertakbiratul ihram bersama imam dibenarkan segera bangkit berdiri sebaik sahaja iqamah dilaungkan. Wallahu aalam.

Wednesday, September 24, 2014

Formula Menghafaz Surah Yaasin

Ramai orang yang cuba menghafaz surah Yaasin tetapi melakukannya hanya dengan cara drill sahaja tanpa sebarang panduan yang mantap, akibatnya sudah bertahun masih belum hafal juga.
Saiz 15x23cm 100 muka
surat Harga Sem. RM13
Sab/Swk RM15.
Biaya Pos RM2
Buku ini merupakan alat bantu hafaz yang boleh dijadikan panduan menghafaz surah Yaasin.
Dinamakan alat bantu hafiz kerana ditulis dalam bentuk formula yang dibantu pula dengan lakaran-lakaran gambarajah.
Kandungannya:

  • Bab 1 - Pengenalan
  • Bab 2 - Keutamaan dan Mushaf surah Yaasin
  • Bab 3 - Masalah Menghafaz, Cadangan Menjayakan dan Beberapa Nasihat
  • Bab 4 - Perancangan Hafazan
  • Bab 5 - Perjalanan Hafazan
  • Bab 6 - Perkara 'sebab-sebab ingat'
  • Bab 7 - Tempat 'sebab-sebab ingat' di Mushaf
  • Bab 8 - Membina Halaman Demi Halaman: Contoh Membina Alasan untuk Mengurus Kekeliruan dan Membantu Mudah mengingat
  • Bab 9 - Terjemahan, Kisah dan Pengajaran: Terjemahan Surah Yaasin, Mengenal Mushaf Tambahan Surah Yaasin, Mushaf Tambahan Surah Yaasin.
Antara lakaran yang terdapat:




Kata Pengarang:
Buku kecil ini ditulis dengan tujuan untuk membantu menjayakan perjuangan kalangan saudara pembaca yang berasa susah untuk menghafaz surah Yaasin. Buku kecil ini telah disusun untuk digunakan terus sebagai alat bantu hafaz. Cadangan sebab-sebab ingat, paparan halaman, dan ruangan catatan sasaran dan kemajuan hafazan boleh digunakan terus bersama dengan mushaf surah Yaasin tambahan yang digubah sedikit sebagai cadangan untuk membantu saudara pembaca menghafaz halaman demi halaman.

Cara Pembelian (klik)http://karismaedar.blogspot.com/p/cara-pembelian.html

Wednesday, August 27, 2014

Buku Konsep Ibadah & Amal Soleh

Apakah dia ibadah. Apakah pengertian ibadah yang sebenarnya.
129 muka surat, RM12

Persoalan ini ditimbulkan kerana perkataan ibadah dalam Islam telah disalaherti oleh kebanyakan orang termasuk orang-orang Islam sendiri – beribadah selalunya diertikan sebagai amalan ketuhanan (ritual) iaitu mendirikan sembahyang, puasa, bersedekah dan sebagainya. Ibadah-ibadah ini adalah ibadah khusus, yang menjadi sebahagian kecil daripada konsep ibadah yang lebih luas lagi.
Konsep ibadah yang sebenarnya adalah mencakupi keseluruhan aktiviti manusia kerana Allah swt telah berfirman yang maksudnya,
‘Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku’. (ad-Zariyat: 56)
Begitu jelas ayat ini menyatakan bahawa Allah tidak mencipta manusia melainkan supaya mengabdi kepada-Nya; cara-nya mengabdi itu ialah beribadah. Bilakah masanya hendak beribadah, ini disebut oleh satu ayat lain yang maksudnya,
‘Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam’. (al-Anam 6: 162)
Ayat ini menggambarkan bahawa kita harus mengabdikan diri kepada Allah swt sepanjang masa bila disebut hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta alam. Dengan kata lain selagi manusia hidup sehingga mati harus dalam keadaan beribadah.
Secara tidak langsung ayat itu juga membawa maksud bahawa sekujur badan dengan segala anggota dan akal kita harus digunakan untuk mengabdikan diri kepada-Nya; tidak ada mana-mana bahagian anggota badan yang boleh kita gunakan untuk yang lain selain daripada Allah: akal kita, mulut kita dan segala anggota badan iaitu tangan, kaki dan pancaindera kita kesemuanya harus digunakan untuk mengabdikan diri.
Ini menunjukkan bahawa segala niat atau hajat hati, percakapan dan perbuatan kita mestilah hanya untuk beribadah sahaja. Jadi, sama ada kita sedang bercita-cita, berhajat untuk melakukan sesuatu, bekerja, makan minum, bermain, duduk, baring, berehat, tidur dan sebagainya harus dalam bentuk beribadah. Bagaimanakah caranya hendak menjadikan aktiviti-aktiviti tersebut dan lain-lain sebagai ibadah.
Pertama, jika kita lihat maksud kedua-dua ayat di atas tadi ialah bahawa kesemua agenda itu tadi kita niatkan kerana Allah menghendaki manusia mengabdi diri kepadanya. Kelihatannya inilah antara prasyarat untuk menjadikannya ibadah iaitu kerana Allah. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa kata kerana Allah itu! Inilah antara yang sangat penting yang hendak dibincangkan dalam bab ini. Kebanyakan kita menggunakan frasa kata ini dengan cara yang sembrono, tanpa mengetahui maksudnya yang tepat.
Antara lain lagi ialah agendanya, adakah semua perkara boleh dijadikan ibadah. Misalnya, adakah merokok itu boleh dijadikan ibadah, atau yang seumpamanya seperti mencuri, membuat orang tidak senang dengan kita, berkasar bahasa, bergurau dan lain-lain; agenda-agenda seperti contoh-contoh ini juga menjadi syarat untuk menjadikannya ibadah.
Untuk menjadikan ibadah agendanya adalah yang diredai Allah. Yang bermaksud bahawa sesuatu aktiviti itu mestilah dijalankan mengikut lunas-lunas yang digariskan dalam al-Quran, seperti yang diajarkan oleh Nabi saw iaitu dilakukan atas asas akhlak dan berjalan dengan betul. Pun begitu aktiviti yang walaupun dilakukan dengan cara berakhlak tetapi jika dengan tujuan yang tidak betul, tidak akan memberi manfaat mahupun menghalang kemudaratan, seperti melakukan sembahyang hajat untuk merosakkan orang lain tidak akan menjadi ibadah kerana tujuannya tidak betul.
Serupa juga halnya, jika sesuatu aktiviti itu tujuannya baik tetapi dilakukan dengan cara yang tidak berakhlak, maka tidak akan menjadi ibadah kerana Islam tidak menghalalkan cara. Misalnya untuk mengumpul dana bagi tujuan membantu golongan miskin tetapi dengan cara yang tidak berakhlak seperti menganjur pesta yang banyak mengandungi kemaksiatan, perjudian dan sebagainya.
RM12 Pos RM2

Jadi dapat dilihat di sini bahawa ada beberapa perkara yang harus dipenuhi untuk menjadikan sesuatu aktiviti itu ibadah.
Antaranya ialah niat harus ikhlas kerana Allah. Ungkapan ini walaupun ringkas tetapi menghendaki kefahaman yang tepat, kerana jika tidak niat ikhlas kita tidak kesampaian. Bagaimanakah anda hendak menjelaskan frasa kata kerana Allah itu. Jawapannya ada dalam buku Konsep Ibadah & Amal Soleh.
Selain kerana Allah ada 4 kriteria lagi yang harus dipenuhi untuk menjadikan sesuatu aktiviti itu ibadah. Jika anda seorang yang bercita-cita untuk mati dalam khusnul-khatimah ketahuilah kriteria-kriteria yang empat lagi di samping kerana Allah tadi.

Monday, October 7, 2013

eBook Salahlaku Dalam Sembahyang

eBook ini dipadankan dengan kitab Sabilal-muhtadin. Kitab ini saya pilih sebagai rujukan kerana pendekatan penulisannya, penjelasan tentang hukum-hakamnya disertakan pula dengan tujuannya, bukan setakat hukum tinggal hukum untuk panduan mendirikan sembahyang sahaja. Misalnya, hukum lafaz takbir intiqalat itu disebutkan bukan setakat hukumnya sunat, malah disebut tujuannya iaitu supaya tidak sunyi satu suku dari sembahyangnya, yang bermaksud supaya jangan ada antara waktu-waktu dalam sembahyang kita itu sunyi tanpa membaca sesuatu, kerana itu disunatkan melafazkan allahu akbar.
Penjelasan tentang pergerakan-pergerakan dalam sembahyang juga cukup jelas, sehingga dilihat ianya sebagai prosedur bagaimana melakukannya; misalnya bagi lafaz takbir intiqalat itu tadi, caranya ialah Dan sunat memulai takbir intiqal itu pada permulaan tunduknya kepada rukuk atau sujud atau permulaan bangkitnya daripada tasyhud awal; ini dilihat sebagai prosedur melafazkan allahu akbar itu tadi; bagi sujud pula dijelaskan sembilan syarat sah sujud – syarat ini juga dilihat sebagai prosedur.

RM20 Sila hubungi melalui Contact
Mungkin ada antara kita melihat ini adalah perkara-perkara remeh temeh, yang hukumnya pun hanya sunat, tidak membatalkan sembahyang jika tidak diikuti. Pandangan ini tidak salah, tetapi jika dilihat bahawa hukum ini ada pengajarannya, maka meninggalkannya bererti kita sudah membuang sebahagian daripada pengajaran sembahyang, sekali gus kita seperti sengaja membuang sebahagian daripada matlamat syariat. Pendek kata, salah laku yang akan kita temui dalam ebook ini kelak, kebanyakannya adalah berkaitan yang sunat dan makruh; jika kita orang yang suka mengumpul pahala maka mengikutinya adalah antara caranya menambah pahala; namun sebahagiannya adalah berkait dengan dosa, misalnya melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang adalah haram, membaca kuat dalam sembahyang juga haram, dan sebagainya; dan sebahagian lagi adalah berkaitan dengan hukum yang menentukan sembahyang kita sah atau batal.
Tidak dinafikan, akan ada sebahagian daripada kita mungkin kurang setuju dengan hukum-hukum tertentu disebabkan tidak pernah mendengarnya, namun apakah kerana kita tidak pernah mendengarnya maka boleh dianggap ianya sebagai suatu yang diada-adakan! Saya katakan demikian kerana sesuatu yang belum pernah kita dengar bukan bererti perkara itu tidak ujud, tetapi kerana kita belum menjumpainya.
Semoga ebook ini akan memberi manfaat, mempertingkatkan ibadah kita, melakukan anjakan dari keadaan sedia ada kepada suatu keadaan yang lebih baik lagi. Yang lebih penting lagi ialah di bahagian akhirnya, di mana saya cuba menurunkan beberapa contoh iktibar dan pengajaran yang lahir dari ibadah sembahyang, yang merealisasikan maksud ayat 45 surah al-Ankabut yang bermaksud Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.